90 [CON 10] KESEDARAN TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN Siti Roziana Nawi 1 & Rahimi Abidin 2 1-2 Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah sitiroziana93@gmail.com 1 , a.rahimi@uum.edu.my 2 ABSTRAK Sektor pembinaan merupakan tulang belakang yang banyak menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara. Keselamatan merupakan faktor yang penting dalam sektor pembinaan bagi memastikan pelaksanan projek di tapak pembinaan berjalan dengan lancar. Pelbagai alternatif telah diusahakan bagi mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan. Namun begitu, isu keselamatan yang sering berlaku di tapak pembinaan masih tidak dapat diatasi sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kesedaran para pekerja keselamatan yang seharusnya dipraktiskan sebagai amalan harian mereka di sesebuah tapak pembinaan. Data kajian ini dikumpul daripada sesebuah syarikat terpilih di Kedah melalui temubual bersama pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan isu-isu keselamatan ditapak pembinaan. Hasil kajian ini mendapati amalan terhadap keselamatan dalam kalangan pekerja masih memerlukan penambahbaikan. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi maklumat tambahan untuk penambahbaikan dalam isu keselamatan ini. Kata kunci: perspektif keselamatan, kadar kemalangan, amalan kesedaran, sektor pembinaan PENGENALAN Ekonomi negara meningkat dapat dilihat dari segi infrastruktur seperti kesihatan, pengangkutan, dan sebagainya yang berkait rapat dengan industri pembinaan (Muhammad, 2009). Ini menunjukkan industri pembinaan memainkan peranan penting di sesebuah negara. Walaubagaimanapun, langit tidak selalunya cerah begitu juga dengan industri pembinaan yang sering dikaitkan dengan bahayanya serta imej yang tidak baik dalam melaksanakan projek pembinaan (Abdullah, 2011). Oleh yang demikian, isu keselamatan pekerja di tapak pembinaan semakin menjadi isu yang terpenting dalam industri tersebut. Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang selamat dan bebas daripada sebarang bahaya termasuk kecederaan dan risiko, kemahiran atau pengetahuan dalam mengelakkan berlakunya kemalangan dan penyakit atau keadaan yang tidak mengundang risiko (Bahari, 2006). Selain itu, keselamatan dapat didefinisikan sebagai ketiadaan bahaya, ketiadaan ruang yang membantu dalam mewujudkan suasana yang bahaya atau satu tahap perlindungan dan keadaan yang tidak mengakibatkan perihal risiko (Holt, 2005). Manakala keselamatan di tapak bina pula ialah penjagaan di tapak bina dari segi perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa bagi pihak yang terlibat (Ahmadnazrol,