Volume 3 Issue 8 (September 2021) PP. 21-30 DOI: 10.35631/IRJSMI.38002 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 21 INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI) www.irjsmi.com PERANAN ZAKAT DI MALAYSIA DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 THE ROLE OF ZAKAT IN MALAYSIA IN DEALING WITH THE COVID-19 PANDEMIC Muhammad Hanif Mohd Noor 1* , Muhammad Aiman Abdull Rahim 2 , Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry 3 , Aminudin Hehsan 4 1 Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Email: hanif96@graduate.utm.my 2 Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Email: aiman-1995@graduate.utm.my 3 4 Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Email: warwif94@gmail.com Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Email: ahehsan@utm.my * Corresponding Author Article Info: Article history: Received date: 31.07.2021 Revised date: 15.08.2021 Accepted date: 25.08.2021 Published date: 01.09.2021 To cite this document: Noor, M. H. M., Rahim, M. A. A., Fikry, W. A. R. W. I., & Hehsan, A. (2021). Peranan Zakat Di Malaysia Dalam Mendepani Pandemik Covid- 19. International Research of Shariah, Muamalat and Islam, 3 (8), 21-30. DOI: 10.35631/IRJSMI.38002. This work is licensed under CC BY 4.0 Abstrak: Pandemik COVID-19 yang melanda, mengejutkan seluruh dunia, tidak mengira bangsa ataupun agama. Kesan daripada pandemik dapat dirasai samada dari sudut kesihatan, sosial, dan ekonomi. Impak yang diberikan jelas menjejas pertumbuhan ekonomi dunia, khususnya di Malaysia. Di sebalik musibah yang melanda, dapat dilihat bantuan yang dihulurkan oleh warga dunia khususnya masyarakat di Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan dan terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 ini. Institusi zakat di Malaysia juga tidak terlepas melaksanakan tugas mereka membantu asnaf- asnaf yang memerlukan bantuan khusus semasa pandemik ini. Maka dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang bantuan yang diberikan dan saluran yang digunakan untuk membantu asnaf zakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengetahui kesan bantuan yang diberikan kepada asnaf kepada pertumbuhan ekonomi negara semasa pandemik. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan daripada kajian-kajian terhadap zakat dan data-data daripada institusi zakat. Hasil kajian menunjukkan kesan yang positif terhadap ekonomi penerima dengan bantuan yang diterima oleh asnaf daripada institusi zakat.