Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference- The 9 th iBAF 2020 192 Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference The 9 th iBAF 2020 Autonomi Daerah : Kesan Pelaksanaannya terhadap Perkembangan Sistem Perbankan Islam di Negeri Aceh Darussalam Mujiburrahman Muhammad Saleh Jabatan Muamalat, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Tel : 019-9461041 Email : mujiburrahmanmohdsaleh@gmail.com Nur Shahidah Ab Hamid Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Tel : 014-8220041 Email : nurshahidahhamid@gmail.com Abstrak Pasca berlakunya tsunami pada tahun 2004, melalui MoU Helsinki yang dimeteraikan antara pemerintah Republik Indonesia dan Aceh, Negeri Aceh diberikan satu kuasa “Autonomi Daerah” dalam menjalankan pentadbiran negeri. Tujuan dan permasalahan yang dibincangkan dalam artikel ini adalah melihat bagaimana peluang autonomi daerah yang telah diberikan oleh kerajaan Indonesia kepada negeri Aceh dapat digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan sistem perbankan Islam. Kajian ini digarap berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan deskriptif semula. Hasil dari kajian ini adalah Aceh yang terkenal dengan negeri serambi mekkah ini mengalami keterlambatan dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam walaupun sebenarnya pada tarikh 16 Julai 2008 telah disahkan Undang-undang Nomor 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Syariah sebagai landasan hukum tersendiri bagi bank syariah di Indonesia namun Qanun Aceh yang mengatur tentang sistem kewangan Islam baru muncul pada tahun 2018. Kesimpulannya, dengan peluang antonomi daerah yang diberikan oleh pemerintah pusat Indonesia kepada negeri Aceh, Aceh perlu mengambil langkah-langkah yang konstruktif bagi memastikan pelaksanaan syariah di negeri tersebut dapat dilaksanakan secara kaffah termasuk dalam bidang sistem perbankan Islam. Kata kunci : Autonomi Daerah/Khusus, Sistem Perbankan Islam, Negeri Aceh Darussalam. 1.1 PENDAHULUAN Negeri Aceh Darussalam (NAD) adalah salah satu negeri yang bernaung di bawah pemerintah Republik Indonesia. Statistik dikeluarkan oleh Badan Statistik Indonesia (BPS) pada 2010 jumlah keseluruhan penduduk Indonesia 237.556.633 jiwa yang sebahagian besarnya tertumpu di Pulau Jawa. Daripada keseluruhan jumlah ini sekitar 204 juta orang adalah Muslim. Berdasarkan jumlah ini, Indonesia dikatakan sebagai negara yang berpenduduk Muslim terbesar di dunia. Negeri Aceh pula jumlah penduduknya berjumlah 4.494.410 jiwa (Badan Pusat Statistik Republik Indonesia. 2010) dan Aceh adalah adalah sebuah negeri yang majoriti penduduknya adalah muslim. Negeri ini juga digelar dengan gelaran negeri Serambi Mekah dengan peranannya sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara (Mohd Zailani bin Haji Mohd Yusof. 2001). Perkembangan perbankan syariah di Indonesia bermula pada tahun 1991 dengan tertubuhnya Bank Muamalat Indonesia (BMI) dan rasmi beroperasi pada tahun 1992 Suryani, S. . 2012). Berdasarkan undang-undang No.23 tahun 1999 dan kemudiannya telah dipinda kepada undang-undang No.3 tahun 2004 tentang Bank Indonesia (BI), menyatakan Indonesia mengaplikasikan sistem kewangan dan perbankan ganda, iaitu sistem syariah dan sistem konvensional. Ertinya berdasarkan undang-undang ini pemerintah Indonesia telah mengakui dan menerima sistem kewangan dan perbankan syariah sebagai salah satu sistem kewangan dan perbankan di Indonesia dan sekaligus telah membantah undang-undang perbankan No 14 tahun 1967 (Mutiara Dwi Sari, Zakaria Bahari, Zahri Hamat. 2013).