Volume 3 Issue 6 (March 2021) PP. 01-15 DOI: 10.35631/IJCREI.36001 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 1 INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI) www.ijcrei.com EMOSI POSITIF PEMIMPIN MELAYU DAHULU DALAM TEKS TRADISIONAL MELAYU THE IDENTIFY POSITIVE EMOTIONS OF THE EARLY MALAY LEADERS IN THE MALAY TRADITIONAL TEXTS Nurul Norasuwat Rosli 1* ,Nordiana Hamzah 2, , Farra Humairah Mohd 3 1 Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: nurulnorasuwatrosli94@gmail.com 2 Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: diana.azmi@fbk.upsi.edu.my 3 Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: farrahumairah@fbk.upsi.edu.my * Corresponding Author Article Info: Article history: Received date:23.12.2020 Revised date: 11.01.2021 Accepted date: 15.01.2021 Published date: 01.03.2021 To cite this document: Rosli, N. N., Hamzah, N., & Mohd, F. H. (2021). Emosi Positif Pemimpin Melayu Dahulu Dalam Teks Tradisional Melayu. International Journal of Creative Industries, 3 (6), 01-15. DOI: 10.35631/IJCREI.36001. This work is licensed under CC BY 4.0 Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti emosi positif pemimpin Melayu dahulu dalam teks tradisional Melayu iaitu Hikayat Raja Pasai (HRP), Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT). Berdasarkan penulisan pengarang, dapat dilihat emosi yang dimiliki oleh watak-watak pemimpin Melayu dahulu dalam setiap teks. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat dua reka bentuk kajian iaitu kajian kepustakaan dan kajian teks. Kajian ini akan menggunakan dua gabungan teori iaitu teori Rasa Fenomelogi dan Psikoanalisis Sigmund Freud. Teks tradisional iaitu Hikayat Raja Pasai (HRP), Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT) digunakan sebagai sumber data utama kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak berdasarkan teori yang digunakan. Teknik mengumpul data ialah teknik pemerhatian yang kemudiannya menghasilkan jadual senarai semak berdasarkan teori yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan emosi positif pemimpin Melayu dahulu yang terdapat dalam tiga teks tradisional terpilih. Kajian ini diyakini mampu memperjelaskan emosi positif pemimpin Melayu dahulu yang ada dalam teks tradisional kepada pengkaji baru. Implikasi kajian ini ialah sebagai garis panduan kepada pemimpin-pemimpin Melayu pada masa ini dalam menangani emosi.