1 PERANG TERMINOLOGI: ANTARA ISTILAH WANITA DAN PEREMPUAN Oleh: Dr. Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM Secara asasnya, dalam cultural universal, 1 bahasa merupakan salah satu dari tujuh pola budaya utama. Bahasa mencerminkan pemikiran dan budaya sesebuah masyarakat. 2 Kadangkala tanggapan terhadap bahasa tersebut berbeza di antara sesebuah masyarakat. Menurut Muhammad „Imarah, setiap istilah tidak dapat dipisahkan dari muatan peradaban. Ia merupakan ungkapan untuk menyampaikan peranan sebagai wadah bagi peradaban yang berbeza, hasil interaksi pemikiran yang berlainan serta ideologi yang berbagai-bagai. 3 Begitu juga dengan perkataan wanita dan perempuan. Dalam Bahasa Arab, perkataan al-rajul jamaknya al-rijal sama erti dengan lelaki, manakala perkataan al-untha, al-mar’ah dan al-nisasama erti dengan perempuan. Perkataan al-untha jamaknya al-inath bererti perempuan atau wanita, lawan kepada lelaki. Ia bermakna lembut dan tidak keras. 4 Ini kerana sifat orang 1 Clyde Kluckhon (1953), “Universal Categories of Culture” dalam A.L. Kroeber (ed.), Anthropology Today. Chicago: Chicago University Press, hh. 507-523; Koentjaraningrat (1967), Beberapa Pokok Antropologi Sosial. Jakarta: Penerbit Dian Rakyat, h. 7. 2 Asmah Haji Omar (1993), Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 3. 3 Lihat Muhammad „Imarah (2004), Ma‘rakah al-Mustala hat Bayna al-Gharb wa al-Islam. c. 2, Mesir: Nahdah Misr li al-Tiba„ah, h. 3. 4 Majma„ al-Lughah al-„Arabiyyah (2004), al-Mu‘jam al-Wasit. c. 4, Kaherah: Maktabah al- Syuruq al-Dawliyyah, h. 29.