Jurnal Melayu Bil. 17(2) 2018 ISSN 1675-7513 255 AKHLAK PEMIMPIN DALAM HIKAYAT ISMA YATIM: SATU ANALISIS PENDEKATAN ADAB MUHD NORIZAM JAMIAN Universiti Kebangsaan Malaysia norizam@ukm.my NOR ASMA AB AZIZ missasmaaziz@gmail.com ABSTRAK Makalah ini menganalisis akhlak pemimpin, berasaskan gambaran keperibadian akhlak menerusi watak Isma Yatim berdasarkan Hikayat Isma Yatim. Pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah diaplikasikan untuk mencapai tujuan penulisan makalah ini. Perbincangan ini akan melihat keperibadian akhlak yang dimiliki oleh Isma Yatim bagi melahirkan insan yang dikenali sebagai insan adabi. Data kajian ini diperoleh melalui analisis kandungan teks Hikayat Isma Yatim yang telah ditransliterasikan oleh Ayu Nor Azilah (2003). Kajian kepustakaan turut dilakukan bagi memperoleh maklumat awal kajian ini. Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah menggariskan bahawa antara prinsip adab yang harus ada dalam diri seseorang bagi melahirkan seorang insan adabi ialah amal ihsan selain daripada ilmu, kebijaksanaan dan keadilan. Dapatan penulisan ini menunjukkan watak Isma Yatim memiliki akhlak mulia serta budi pekerti yang baik apabila prinsip tersebut diamalkan. Penulisan ini juga mendapati Hikayat Isma Yatim memberi panduan kepada khalayak dalam menjalin hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) yang menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia sebagai khalifah Allah serta sebagai hamba-Nya. Berdasarkan kepada pendekatan adab, Isma Yatim memenuhi kriteria seorang pemimpin yang berakhlak tinggi seperti tawaduk, berilmu, iklhas, pemurah, amanah, hormat- menghormati, berbakti kepada raja dan adil. Akhlak yang dimiliki oleh Isma Yatim melayakkan beliau digelar sebagai insan adabi kerana menepati prinsip-prinsip pendekatan adab yang telah digariskan. Kata kunci: akhlak pemimpin; amal ihsan; hablumminallah; hablumminannas; Hikayat Isma Yatim; pendekatan adab MORAL OF LEADERSHIP IN HIKAYAT ISMA YATIM: AN ANALYSIS FROM THE ADAB APPROACH ABSTRACT This paper analyzes the character of leaders based on the apparent moral personality of the Isma Yatim character in the Hikayat Isma Yatim. A model-based approach framework of adab by Syed Muhammad Naquib Al-Attas has been applied to achieve the objectives of this paper. This discussion will look at the personality of the character possessed by Isma Yatim brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository