ISSN: 1985-7012 Vol. 8 No. 2 July - December 2015 Nilai Sosial Dalam Puisi Imam Shāfī Rahimahullah Satu Pendekatan Dakwah Kepada Saudara Baru 61 NILAI SOSIAL DALAM PUISI IMAM SHĀFIĪ RAHIMAHULLAH SATU PENDEKATAN DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU Khazri Osman 1 , Siti Rugayah Tibek 2 , Ahmad Irdha Mokhtar 3 , Najihah Abd Wahid 4 Muhd Akmal Noor @ Buang Rajikon 5 1 Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia. 2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia. 3 Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia. 4 Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia. 5 Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia. Emel: khazri@ukm.edu.my, sitirugayah@usim.edu.my, irdha@ukm.edu.my, anajihah@unisza.edumy, ekmalnuur@utem.edu.my ABSTRAK Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep nilai sosial dan mengenal pasti kewujudannya dalam puisi Imam Shāfī , salah seorang ulama dan pendakwah yang ternama pada zaman Abbāsiyah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fqah dan bahasa Arab, walaupun masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding ahli sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau berkait soal akhlak, pendidikan, dan keadaan masyarakatnya pada zamannya. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terpilih dianalisis menggunakan teori takmilah. Hasil kajian ini menunjukkan nilai sosial pendekatan dakwah kepada saudara baru yang terdapat dalam puisi beliau ialah bermurah hati, menunaikan zakat kedudukan dan memberi maaf. KATA KUNCI: nilai, puisi Imam Shāfī , sosial, saudara baru