550 Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 550 - 565 Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) eISSN: 0128-1755 Journal website: www.jised.com DOI: 10.55573/JISED.074749 DĪN DALAM KONTEKS TASĀMUḤ DĪN IN THE CONTEXT OF TASĀMUḤ Salina Ahmad 1 Ruhaizah Abd. Ghani 2 Ahmad Daud Ishak 3 Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad 4 1 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, (E-mail: salinaahmad@uitm.edu.my) 2 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, (E-mail: rhaizah@uitm.edu.my) 3 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, (E-mail: e_asudi@uitm.edu.my) 4 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, (E-mail: wanhelmy@uitm.edu.my) Article history To cite this document: Received date : 30-8-2022 Ahmad, S.; Abd. Ghani, R.; Ishak, A.D. & Wan Ahmad, W. H. S. (2022). Dīn dalam Konteks. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(47), 550 - 565. Revised date : 1-9-2022 Accepted date : 12-10-2022 Published date : 15-10-2022 ___________________________________________________________________________ Abstrak: Konsep agama dalam Islam ditandai oleh kosakata DĪN dan meliputi makna sepertimana yang difahami dalam tradisi ilmu Islam iaitu bersamaan dengan al-Quran, al- Sunnah dan Bahasa Arab. Kosakata Dīn tidak dapat digantikan dengan baik oleh kosakata “religion” disebabkan makna, etimologi dan sejarah beragama yang sangat berbeza. Kosakata Dīn menurut leksikon Lisān al-´Arab karya Muhammad Ibnu Mukarram ibnu Ali ibnu Muhammad Ibnu Manẓūr (1233 – 1311M) mempunyai empat maksud yang berkaitan iaitu keberhutangan (dayn), keadaan tunduk menyerahkan diri (ṭā´ah), pembalasan (jazā’) dan kecenderungan (fiṭrah/´ādah). Konsep agama (dīn) telah disorot semula oleh pemikir besar Syed Muhammad Naqib al-Attas (1931 – M) yang mengkaji ulang dan membuat sintesis faham ini sesuai zaman moden dan pasca-moden dalam karya-karya besar beliau seperti Islam and Secularism (1993), Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (1992) dan Prolegomena to the Metaphysics of Islam (1995). Konsep Dīn berkaitan rapat dengan Islam secara literal dan konseptual. Secara literalnya kedua-dua kata ini bererti “penyerahan diri” manakala dari segi konseptual, kedua-duanya merupakan “penyerahan diri yang ikhlas mengikut syariat sebenar iaitu agama Islam”. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan secara padat tentang makna agama Islam sebagai (dīn) dan letakduduknya dalam toleransi beragama (tasāmuḥ) di Malaysia. Kata tasāmuḥ berbeza daripada maksud tolerasi (toleration) atau toleransi (tolerance) Barat. Tasāmuḥ pada akhirnya berfungsi di peringkat muamalah dan bukan akidah. Ini kerana dengan berpaksikan konsep Dīn dan Islam, umat Islam boleh menerima kepelbagaian agama; tetapi bukan keabsahan agama-agama terbabit. Kajian ini memakai pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kepustakaan dan analisa semantik. Sebagai rumusannya, penulisan ini mengaitkan maksud agama dalam erti komprehensifnya dengan toleransi beragama yang patut diperincikan tujuan dan matalamatnya dalam konteks global dan nasional. Kata Kunci: Ibnu Manẓūr, Syed Muhammad Naqib al-Attas, dīn, islām dan tasāmuḥ.