JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL 9 NO.2 DEC 2019 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307 1 The development of Bio-Gamyx module for teaching and learning Biology Nur Izwani Mohd Shapri, 1* Che Nidzam Che Ahmad, 2 1,2 Department of Biology, Faculty of Science and Mathematics, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim,35900, Malaysia *email : izwanishapri@gmail.com DOI: https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol9.2.1.2019 Published: 29 November 2019 Abstract The aims of this study were to develop and validate Bio-GamyX module in teaching and learning Biology for form four students. This module was developed for the topic Chemical Composition of the Cell based on the integration of Sidek and Jamaludin’s Model and the Five Steps of Applying Gamification in Education proposed by Huang and Soman. The process of developing this module involved the preparation of module draft, experts’ reviews and calculation of content validity of the module. During this process, the module draft was given to three subject matter experts consist of academicians and practitioners to be reviewed. Several recommendations were identified and amendment was done accordingly. The amended module was then evaluated for its content validity. The percentage of experts’ agreement obtained for this module ranged from 77% to 85%. This finding shows that Bio-GamyX module has a good content validity. This finding reinforces the use of gamification approach in the design of teaching and learning modules specifically in Biology subject. Keywords: Gamification, Module Development, Biology Teaching, Module Validation, Chemical Composition in Cell. Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Biologi Tingkatan Empat yang dikenali sebagai modul Bio-GamyX. Modul ini dibina bagi tajuk Komposisi Kimia dalam Sel berdasarkan kepada integrasi Model Pembangunan Modul Sidek dan Jamaludin dan Lima Langkah Mengaplikasi Gamifikasi dalam Pembelajaran oleh Huang dan Soman. Proses pembangunan modul ini melibatkan peringkat penyediaan draf modul, penilaian pakar dan penentuan kesahan modul. Modul ini dinilai oleh tiga orang pakar bidang yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dan guru cemerlang Biologi. Pandangan pakar dikenalpasti dan pembetulan dibuat bagi memastikan modul ini mempunyai nilai kesahan yang baik. Berdasarkan kaedah pengiraan peratus persetujuan pakar, nilai kesahan modul Bio-GamyX adalah dalam julat 77 peratus hingga 85 peratus. Dapatan ini menunjukkan bahawa modul Bio-GamyX mempunyai nilai kesahan yang baik. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada aspek penggunaan pendekatan gamifikasi dalam pembelajaran Biologi dalam bentuk pengajaran bermodul. Kata kunci: Gamifikasi, Pembangunan Modul, Pengajaran Biologi, Kesahan Modul, Komposisi Kimia dalam Sel.