Malaysia, Piala Dunia dan dua teori Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK pengarang@utusan.com.my KEJOHANAN bola sepak Piala Dunia FIFA 2014 bakal memasuki pusingan kedua. Banyak perlawanan pusingan pertama telah berlangsung membabitkan pasukan ternama dunia seperti Brazil. Dalam pada itu, banyak juga kejutan telah dihasilkan. Juara Piala Dunia, Sepanyol, tersingkir; pasukan kurang ternama dari benua Amerika Tengah, Costa Rica, berjaya menewaskan Uru guay, satu pasukan yang dikatakan setanding dengan Brazil dan Argentina; manakala Swit zerland, satu pasukan yang pemah menjadi pasukan belasahan di Eropah pada suatu ke tika dahulu berjaya menewaskan satu lagi pasukan terkuat dari benua Amerika Selatan, Ecuador. Apa yang pasti, sepanjang kejohanan ini ber langsung, kita dapat melihat banyak keputusan yang mengejutkan dan di luar jangkaan. Mung kin juga takhta juara Piala Dunia FIFA bakal be ralih tangan kepada negara kuasa bola sepak dunia yang baharu. Dalam bola sepak, tidak ada yang mustahil, 'bola itu bulat, apa sahaja boleh berlaku'. Penyertaan sesebuah negara dalam kejo hanan seperti Piala Dunia FIFA 2014 ini sesua tu yang sangat bermakna dan bemilai khasn ya bagi sukan bola sepak di negara tersebut. Bagi sesetengah negara yang baharu pertama kali berjaya melayakkan diri, ia satu kejayaan besar dan membanggakan. Walaupun mung kin gagal memenangi sebarang perlawanan dalam kejohanan tersebut, kelayakan ke Piala Dunia sudah cukup untuk meletakkan sesebuah negara itu di satu tahap yang tinggi dalam ranking FIFA. Inilah yang sangat diidamkan oleh banyak negara apabUa bertanding dalam sebarang perlawanan kelayakan untuk ke Piala Du nia. Malaysia juga antara negara yang sudah pasti mempunyai citacita tersebut. Tetapi bagaimanakah Malaysia mencapai citacita tersebut? Ini kerana jalan menuju ke Piala Du nia khasnya bagi negara seperti Malaysia sa ngat berliku dan mencabar. Terdapat dua teori yang boleh menerangkan kepada kita mengenai persoalan ini. Teori perta mamengatakan Malaysia boleh melayakkan diri ke Piala Dunia dengan menawarkan diri sebagai tuan rumah' kejohanan tersebut. Teori kedua pula mengatakan Malaysia boleh melayakkan diri ifienerusi saluran biasa iaitu den^n bertan ding di peringkat kelayakan. Teori pertama mungkin agak mudah dari segi penyediaan pasukan untuk ke Piala Dunia, tetapi agak *berat' dari segi implikasi kewan gan. Ini kerana penganjuran kejohanan besar seperti ini sememangnya memerlukan belanja yang sangat tinggi. Dari segi ekonomi, penganjuran bola sepak Piala Dunia boleh diumpamakan seperti satu bentuk pelaburan jangka panjang. Hasil pelaburan ini bergantung sepenuhnya kepada perancangan yang dibuat beberapa tahun se belumnya. Greece, sebagai contoh, dikatakan hampir bankrap selepas penganjuran Sukan Olimpik beberapa tahun dahulu. Untuk menjadi penganjur kejohanan be sar seperti Piala Dunia ini tidaklah mustahil sekiranya perancangan rapi dan teliti dilaku kan sebelum menawarkan diri sebagai tuan rumah. Jepun dan Korea Selatan, membuk tikan bahawa negara Asia juga mampu men jadi tuan rumah Piala Dunia menerusi ker jasama menganjurkan kejohanan tersebut beberapa tahun lalu. Selepas tamatnya kejohanan di Brazil ini, satu lagi negara Asia, Qatar, bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018. Apakah negara ini mampu membiayai kejohanan besar seperti Piala Dunia ini? Sejauhmanakah pasukan bola sepak Qatar mampu mengharungi kejohanan tersebut? Persoalan yang pertama sangat mudah un tuk dijawab. Ini kerana Qatar dikenali seba gai antara negara terkaya di dunia. Persoalan kedua pula, agak sukar untuk dijawab. Ini kerana prestasi pasukan bola sepak Qatar sendiri tidak konsisten dan mungkin hanya bertaraf Asia sahaja. Malaysia pada suatu ketika dahulu pemah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia Remaja. Tetapi pengendalian kejohanan besar seperti Piala Dunia FIFA ini sangat ber beza dan pasti memakan kos yang sangat ting gi. Persoalannya, jika Malaysia ingin membida sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA, sebagai satu.jalan 'singkat' ke Piala Dunia, apakah Ma laysia mampu menanggung semua kos terse but? Mungkin teori kedua iaitu layak ke Piala Dunia menerusi saluran biasa  bertanding dalam perlawanan kelayakan  lebih sesuai bagi Malaysia ketika ini. Pun begitu, satu lagi persoalan di sini, apakah Malaysia sudah ber sedia ke Piala Dunia FIFA, mungkin dalam masa lima atau 10 tahun dari sekarang? Sukan bola sepak sudah bertapak di Malaysia sebelum negara ini mencapai ke merdekaan lagi. Kejohanan bola sepak tem patan merebut Piala HMS Malaya pemah di adakan di negara ini. Begitu juga kejohanan Headline Malaysia, Piala Dunia dan dua teori MediaTitle Utusan Malaysia Date 23 Jun 2014 Language Malay Circulation 178,211 Readership 534,633 Section Dlm Negeri Color Full Color Page No 12 ArticleSize 635 cm² AdValue RM 12,550 PR Value RM 37,651 brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository