ISSN : 1985-5826 AJTLHE Vol.12, No.1, June 2020, 1-21 1 Received: 10 January 2020, Accepted: 10 March 2020, Published 10 June 2020 CABARAN DAN STRATEGI INTERVENSI MENCAPAI GRADUATE ON TIME (GOT) DALAM KALANGAN PELAJAR SISWAZAH UKM CHALLENGES AND INTERVENTION STRATEGY TO ACHIEVED GRADUATE ON TIME (GOT) AMONG UKM POSTGRADUATES Khadijah Alavi 1 , Sarin Johani 2 , Nasharuddin Zainal 3 & Andanastuti Muchtar 4 1,2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia 4 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencadangkan strategi intervensi meningkatkan pencapaian GOT (Graduate on Time) dalam kalangan pelajar siswazah UKM. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 38 orang pelajar siswazah iaitu seramai 17 orang pelajar siswazah yang berjaya mencapai GOT dan juga 21 orang pelajar yang tidak berjaya mencapai GOT. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan juga temubual dalam perbincangan kumpulan berfokus (focus group). Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi mendapatkan maklumat cabaran dan persekitaran pembelajaran siswazah di UKM. Data perbincangan kumpulan diterjemahkan kepada tema-tema dengan analisis verbatim. Hasil kajian menunjukkan majoriti siswazah yang mendapat GOT projeksikan cabaran utama mereka ialah masalah kewangan dan bahan dan alat instrumen kajian tidak mencukupi. Manakala siswazah yang tidak mendapat GOT pula menyatakan cabaran utama mereka ialah kesukaran mengumpulkan data kajian, masalah rujukan terkini, sukar menerbitkan dalam jurnal berimpak brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository