46 Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) International Journal of The Malay Letters Jilid 7/Jan/2019, 47-85 ISSN: 2289-5000 | e-ISSN 2637-126X TERAPAN KONSEP FEMINISME TALBIAH DALAM CERPEN AKAR CINTA KARYA AMINAH MOKHTAR THE CONCEPT OF TALBIAH FEMINISM IN THE SHORT STORY AKAR CINTA BY AMINAH MOKHTAR Ida Roziana bt Abdullah* & Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia. * idaroziana3631@gmail.com ABSTRAK Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ciri-ciri perwatakan wanita Melayu Islam dalam cerpen Akar Cinta karya Aminah Mokhtar. Analisis ini dilakukan berasaskan Konsep Feminisme Talbiah. Konsep Feminisme Talbiah adalah satu konsep yang dibangunkan bagi memperjelaskan konsep feminisme yang lebih sesuai dengan wanita Melayu Islam berbanding dengan konsep Feminisme Ginokritik. Konsep Feminisme Talbiah menggabungkan idea Ginokritik oleh Elaine Showalter dengan idea Yusuf al-Qardhawi berkait dengan kedudukan wanita dalam Islam. Konsep Feminisme Talbiah memfokuskan kepada aspek kepatuhan dan penyerahan wanita kepada Allah SWT baik dari sudut luarannya mahupun dalaman. Aspek luaran wanita terdiri daripada personaliti, ketakwaan dan budaya manakala aspek dalaman pula terdiri daripada psikologi dan kerohanian. Dapatan analisis ini menunjukkan aspek-aspek luaran watak wanita `Aku` sejajar dengan kriteria wanita talbiah yang patuh dan menyerah diri Persatuan Penulis Budiman Malaysia Budiman Writers Association of Malaysia brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by RUMPUN (E-Journal)