Proceeding of the International Conference On Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016)
ISBN 978-983-44661-7-6
© 2016 ICOGPA2016
“MAGNET” PENGLIBATAN WANITA MUDA MALAYSIA DI DALAM ARENA POLITIK
TANAHAIR
Nazni Noordin
1,2
, Kamarudin Ngah
2
, Zaherawati Zakaria
1
, Mohd Zool Hilmie Mohamed
Sawal
2,3
1
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Caw.Kedah, 08400, Merbok, Kedah.
2
School of Government, UUM COLGIS, 06010, Sintok, Kedah.
3
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Caw. Kedah, 08400, Merbok, Kedah.
Abstrak
Semenjak lebih dua dekad yang lalu, terdapat banyak negara di Asia yang mengalami
pertumbuhan pesat dari segi ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, peranan,
sokongan dan penglibatan wanita dalam arus politik perdana masih ditahap yang
kurang membanggakan. Senario ini juga terjadi di Malaysia. Untuk mengetahui elemen
apakah yang mempengaruhi dan menarik minat dan sokongan serta penglibatan
wanita di dalam politik, satu kajian perlu dilakukan dengan menggunapakai Model
Sokongan Politik oleh Pippa Norris, 1999. Skop kajian merangkumi kelompok wanita
muda yang berusia diantara 21 tahun sehingga 39 tahun dengan justifikasi yang
kelompok ini adalah teras penentu landskap politik masa depan Malaysia terutama
sekali dengan hampirnya Pilihanraya Umum yg ke 14 (PRU 14) tidak lama lagi.
Responden kajian tertumpu di dua buah negeri di Utara Malaysia iaitu di Pulau Pinang
(yang ditadbir oleh parti pembangkang, DAP) dan di Kedah (yang ditadbir oleh parti
pemerintah, BN). Sebanyak 400 orang responden dipilih berdasarkan ‘Rule of Thumb’
dengan cara ‘stratified sampling’ untuk kajian ini iaitu 200 responden di Pulau Pinang
dan 200 responden di Kedah. Analisa hasil dapatan menggunakan kaedah ‘descriptive
statistic’ dan ‘Person Correlation’. Diharapkan hasil dapatan akan dapat membantu
parti-parti politik di Malaysia untuk lebih memahami apakah faktor-faktor yang dapat
menawan hati wanita didalam politik dan seterusnya merangka strategi yang sesuai
untuk meraih sokongan mereka. Kajian ini juga berharap agar dapat mengenalpasti
adakah terdapat perbezaan faktor tarikan dikalangan wanita di negeri yang ditadbir
oleh parti pembangkang dengan parti pemerintah.
Kata kunci: Wanita, Politik, Sokongan Politik, Penglibatan Politik.
1. Pengenalan
Politik berkisar mengenai penyertaan
dalam mencapai keputusan, berkongsi
kuasa dan perbincangan menyeluruh
yang meliputi semua isu di dalam
brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
provided by UUM Repository